Sorry, you are not allowed to access this page. Kelayakan LPPSA - Cara Semak Kelayakan & Mohon Pembiayaan Pinjaman Loan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam LPPSA Secara Online

Kelayakan LPPSA

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) menyediakan pelbagai kemudahan pembiayaan perumahan kepada penjawat awam di Malaysia. Bagi penjawat awam yang ingin memiliki rumah, LPPSA menjadi pilihan utama sebagai institusi yang memberikan sokongan kewangan yang sesuai dengan keperluan mereka. Menariknya, LPPSA memberikan sehingga 100% pembiayaan dan penjawat awam dapat menikmati kadar faedah yang lebih rendah iaitu 4% berbanding institusi kewangan yang lain. Dalam proses permohonan pembiayaan perumahan, terdapat beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan bagi memastikan kelayakan pemohon berjaya.

Kelayakan Pemohon

1. Status Pekerjaan :

Pemohon mestilah menjadi penjawat awam yang sah di bawah kerajaan Malaysia. Ini merangkumi penjawat awam di peringkat persekutuan, negeri dan pihak berkuasa tempatan.

 

2. Tempoh Perkhidmatan :

Pemohon mestilah mempunyai tempoh perkhidmatan yang mencukupi atau telah disahkan jawatan untuk tempoh sekurang-kurangnya 1 tahun sebelum memohon pembiayaan perumahan LPPSA.

 

3. Kemampuan Kewangan :

Kelayakan juga bergantung kepada kemampuan kewangan pemohon untuk membayar ansuran bulanan pembiayaan perumahan. Penilaian dilakukan berdasarkan gaji pokok, elaun tetap, potongan wajib, potongan tidak diambil kira, potongan lain-lain, komitmen dalam slip gaji dan faktor-faktor lain yang berkaitan.

 

4. Status Gaji :

Pemohon mestilah menyediakan bukti gaji yang sah seperti surat pengesahan jawatan, slip gaji terkini dan dokumen-dokumen lain. Biasanya, LPPSA memerlukan 3 bulan slip gaji terkini.

 

5. Rekod Kredit :

Rekod kredit pemohon juga menjadi faktor penilaian. Rekod kredit yang baik akan meningkatkan peluang kelulusan pembiayaan.

 

Faktor-faktor Tambahan

1. Hartanah Pertama :

Pemohon yang memohon pembiayaan perumahan pertama kali layak menikmati tempoh pembiayaan yang lebih lama iaitu  35 tahun atau sehingga berumur 90 tahun dan pengecualian kos-kos tertentu.

 

2. Dokumen Lengkap :

Pemohon mestilah menyediakan dokumen-dokumen yang lengkap seperti salinan kad pengenalan, surat pengesahan jawatan, slip gaji terkini dan dokumen-dokumen lain yang diperlukan bersama-sama dengan borang permohonan online.

Kesimpulan :

Dengan memahami kriteria-kriteria kelayakan LPPSA bagi pembiayaan perumahan, pemohon dapat membuat persediaan lebih awal dan meningkatkan lagi peluang untuk lulus. Pembiayaan perumahan melalui LPPSA merupakan langkah terbaik bagi penjawat awam untuk memiliki rumah impian mereka.

 

Bagi penjawat awam yang berminat menyemak kelayakan secara PERCUMA, anda boleh klik link berikut >> semak kelayakan lppsa.

 

 

 

error: Content is protected !!